HOME ABOUTME BLOGSHOP TUTORIAL AKU&ONEW GIVEAWAY

Khamis, 27 Jun 2013

Bayi kembar 12 terpaksa dibunuh












Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh 

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''



p/s: kalau aku, baik sedekahkan jer kat sape2 yang takde anak. .kalau takde yang nak jugak, bagi jer kat akak angelina jolie ngan abang brad pitt biar dia jaga diorang. .sedih betol la. .

Rabu, 26 Jun 2013

Resepi Dahku: Jus Koktel

Assalamualikum and hai bloggers!!

Sejak dari entry pasal kazen wawa yang lepas, wawa tak pernah update blog kan? lama plak tue. So,memandangkan wawa takde banyak keje sangat hari nie, untuk entry kali nie, wawa nak kongsi satu resepi, wahhh kemain ko wawa..tak pernah-pernah ko share pasal resepi kat blog. .

Banyak jugak yang kata nak buat jus koktel nie susah nauzubillah. .susu berketol-ketol sana sini, air tak cukup manis la ape la. .haihs!! susah apenyer, nampak jer jus tue macam grand ala datuk datin, tapi kalau nak buat, adik aku pon pandai tau! nampak sangat ko tipu yerr.

Haaa sekarang ko baca betol-betol resepi yang aku nak habaq kat korang nie. .tak susah pon. Sumpah aku cakap. .kalau korang buat mengikut cara yang aku, mesti jadik punya. .cuma satu jer aku nak pesan, nak buat satu perkara tuh, perlulah bersabar oke! sabar tu kan separuh daripada iman. .

So, jom kita start memasak!

Sebelum nak buat jus koktel nie, korang perlu sediakan bahan-bahan seperti berikut:-

- 2 tin susu cair (selalunya aku guna yang F&N)
- 1 tin buah-buahan koktel
- 2 gelas air putih
- 2 senduk gula. .(kalau korang yang tak suka manis, sila kurangkan sikit kuantiti gula tue yerr)
- 1 bekas nata de coco
- 1 tin buah laici
- air batu

Dah siap bekalkan bahan-bahan yang aku list tadi? bagus-bagus!!  So, inilah cara-cara nak buat jus koktel :-

  • Mula-mula, korang masukkan 2 gelas air putih bersama 2 senduk gula.Kacau di atas api yang sangat kecil sehingga gula hancur.
  • Kemudian, masukkan 2 tin susu cair dan pastikan korang tidak berhenti mengacau susu cair tersebut.Sebab, kalau korang tak kacau, susu tersebut akan menjadi berketol-ketol. .haa, kan dah xsedap jadinya!
  • Kacau sehingga susu mendidih. .lepas tue, tutup api dan biarkan dia sejuk sendiri.
  • Then, di dalam mangkuk yang amat besar, korang masukkan jela buah-buahan koktel, buah laici, dan nata de coco.
  • Campurkan susu tadi dengan buahan yang korang campak kat dalam mangkuk tadi.
  • Dan last skali, masukkan ais.
  • Siap!! dan sedia diminum. . .

Haaa, macam mana? susah ke tidak? senangkan? korang boleh aje buat kat umah. .tak payah tunggu event2 gempak nak minom jus nie. .save bajet kau!

So, thats all for today. . .harap-harap, korang dapat cuba resepi nie. Harap sangat nie!


Chow!!

Isnin, 10 Jun 2013

My Kazen dah kawen!!

Assalamualaikum and hye guys!!

Pada 1 Jun 2013 yang lalu, my kazen dah kawen!! ekceli, 31 Mei lagi sebab akad nikahnya dibuat pada malam 31 Mei..cuma bersanding jer dibuat pada 1 Jun. .Dalam hati, dah kawen dah spupu aku yang sorang nie. .macam tak percaya pon hado. .teringat masa kecik-kecik dulu, selalu main skali.Masa dia darjah 6, dia duduk ngan famili aku,jadi banyak masa terluang dihabiskan bersama-sama. .dulu selalu main mak-mak, main masak-masak,main ala kerja kat pejabat and soooo on.memang memori aku tak boleh lupa benda-benda yang sweet tuh. .biasalah, memori otak aku nie pakai 8GB kowt!! hehehe. : D

Kalau aku nak korek satu persatu kisah silam aku ngan dia memang memerlukan 3 atau 4 entryla. .memang banyak sangat!! scene aku bergaduh dengan dia? scene aku bermain ngan dia? scene aku dan dia kena marah ngan mama aku? semuanya ada. .tak boleh nak kira ngan jari, kalau kira sekali ngan jari kaki aku pon belum tentu cukup. .tapi kalau pinjam jari kaki tangan korang, InsyaAllah cukup. .hehehe. . . So, aku cuma ceritakan serba sedikit jer.

Dalam banyak-banyak kazen aku, dia ngan Kak Ya yang paling aku rapat. .Siapa pulak Kak Ya nie? Kak Ya nie adik dia, sama umor dengan aku. tapi nak cerita pasal Kak Ya bukan hari nie la. .Aku just nak share tentang pengantin baru tue a.k.a my lovely kazen. .Namanya Nur Zaty Iwanie. just panggil Kak'E.
Aku pon tak tau macam mana mula-mula aku boleh rapat ngan dia. Aku nie, kalau kazen di sebelah keluarga abah, memang takde seorang pon yang kamceng ngan aku. .jadi aku buat kawan ngan mak sedara and pak sedara aku jerla. .biasala, abah aku anak yang sulung, jadi, akulah cucu yang paling tua dalam kalangan cucu-cucu yang lain. .jadi aku cari kazen yang sekepala ngan aku di keluarga sebelah mama jerla. .tup-tup dia yang paling rapat ngan aku.

Sebelum tibanya masa kawen aritue, dialah orang yang paling kuat bekerja. .ngan gigih pulak tue. .siap panjat-panjat bagai tau! Dia buat majlis kat umah aku nie haa..jadi banyak perkara yang perlu di setelkan. .memang seharian mengemas rumah aku memang tak cukup. .nak cuci kat bahagian ruang tangga la, nak basuh langsir la... nak pindah sofa la. .nak cuci bilik air la. .aduh!!! memang memenatkan. .tue kalau bahagian sental-sental rumah. .belum tambah lagi pergi cari homestay untuk keluarga pihak suami,pergi beli barang untuk doorgift,barang dapur. .semuanya memanggggg!!!! memenatkan. .kalau pikir-pikir balik, nanti aku kawen, macam nie jugak kot kerja dia. .banyakkkk sangat...


keluarga pihak perempuan(nie part untuk sepupu jer. .)



dari pihak lelaki

Masa hari berbahagia, kitorang bagi pihak perempuan pakai baju sedondon tau! warna tema famili kitorang warna gold. .bagi pihak lelaki pulak, warna grey. .jadi senang sikit nak tau ahli keluarga masing-masing. .pada hari tue, aku ditugaskan untuk menjaga aiskrim. .aiskrim aku memang laku sangat!! bayangkan pak long aku hampir 5 potong aiskrim. .ish pak long nie. .mengalahkan bebudak jer...malu tau!

Majlis kawen kazen aku berakhir pada sebelah petang. .fuhh!! memang memenatkan. .esok pulak bahagian nak bersihkan rumah lagi. .tapi naseb baik pada keesokannya aku ada reun wif my teacher kat pantai.jadi aku tak join sekali bersihkan rumah. .jadi, balik jer dari reun, rumah aku dah bersih. .berkilat lagi kau!! huhuhu. .suka angat!!

So, itu jer kot apa yang aku nak pot pet kali nie. . maaf yer kalau cerita aku nie banyak sangat suntingan nya. .malas gila nak taip panjang-panjang. jadi aku pendekkan. .just ambek part yang penting jer. .
Aku harap kazen aku and suami sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat. dan aku doakan supaya cepat dapat baby!!! tak sabar nak jadi mak sepupu hehehe. . .kat bawah nie aku tinggalkan beberapa keping gambar. .sorry sekali lagi, gambar nie aku curik wif my kazen. .aku tak sempat nak main snap-snap nie. .sibuk sangat masa tue. .handphone pon aku lempar kat mana tah hari tue. .hehehe






See you soon!!





Ahad, 9 Jun 2013

"SIMPLE GIVEAWAY by Syeeda Saniey"


klik banner ya!!


#Segmen Button Runningman

Assalamualaikum. . . join GA lagi!!


                                                                 klik banner kalau nak join...

Nama pada button: Wawa Rosli
Warna: Ungu



Giveaway "I Love U" Chocolate


Assalamualaikum and hye guys!!

hari nie, wawa join GA!!



klik banner tuk join k!!


HADIAH DAN PEMBAHAGIAN

1) 10 KOTAK COKLAT (5 kotak special dan 5 kotak ucapan tahniah)
2) 5 kotak yang special tu pemenang boleh tulis 18 huruf pilihan dia sendiri!
3) 5 kotak lagi just tulis ucapan tahniah sahaja.
4) Pemenang 2 orang melalui Top Reffral akan mendapat coklat special dan 8 orang lagi melalui random


GAMBARAN COKLAT SPECIAL





jom sama2 memeriahkan GA nie!! pasti seronok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com