HOME ABOUTME BLOGSHOP TUTORIAL AKU&ONEW GIVEAWAY

Sabtu, 25 Mei 2013

10 Blogger Comel di Malaysia

Assalamualaikum. . .


Yeay!! hari nie nak join GA lagi!!. . .untuk kali nie, wawa telah ditag oleh seorang blogger yang tiut miut iaitu Ainaa Roseberry . .thanks ya ena sbb sudi jugak tag kita.huhu..

Oke, GA apa pulak kali nie kan? nak tau, klik banner kat bawah nie k!!


Nampak kreatifkan si empunya GA nie buat segmen, lain dari yang lain. .baiklah, oleh kerana tuan punya GA meletakkan syarat-syarat untuk memilih 10 blogger comel, so inilah blogger-blogger yang aku boleh dikatakan tomey-tomey dan tiut miut. .huhuhu. .aku pilih blogger nie pon bukan hanya berdasarkan paras rupa sahaja tau! tapi aku jugak lihat dari segi penulisan blog diorang. .dan mungkin boleh dikatakan aku sentiasa baca entry diorang sekiranya aku berkesempatan beronline. .hehehe













Apa hadiah yang ditawarkan?? 

  • 10 helai Shawl Buih-Buih Cinta bernilai RM 40.
  • Dua Helai Tudung Bawal Tribal bernilai RM 20.
  • Sehelai Tudung Bawal Roses bernilai RM 40.
  • Menjadikan jumlah keseluruhan hadiah untuk segmen ini adalah RM 480.00.

harap-harap korang dapat join skali sebab hadiahnya tersangatlah lumayan. .


kbai!!

1st Giveaway by AmisyaSuraya


klik banner oke!!

Jumlah: 46 biji


Jom Tempah Mug dengan T-shirt Mudah Terengganu!

Assalamualaikum. .

Burppp!!! ahhh, kenyang den aini. .mana taknya, kat sebelah hilir ada kenduri, kat sebelah hulu pun ada kenduri. .dalam hati memang takmo pergi,tapi sebab kawan sendiri yang ajak. .terpaksalah jugak.Tak pergi kang mau seminggu merajuk ngan aku. .hadoi!! naseb-naseb. .memang la aku suka sangat bab-bab kenduri nie, tapi agak-agakla kan. .sampai 3 tempat sehari, mana aku nak letak nasi ni oi!! perut ada satu jer. . .hurmmmm

Oke. .tutup buku tentang kenduri nie. .selagi cuti sekolah tak habes, selagi tulah ada kenduri yerdak??
Now, aku nak share tentang sesuatu benda yang aku pernah tempah kat website nie. .Dulu, masa Hari Ibu dan Hari Guru, aku buntu giler nak bagi hadiah apa kat mama aku. .kalau beli tudung, bukan sebarang tudung dia pakai, beli kain kang, rasa tak konfiden pulak, then, lepas aku dok main ngan hencik google nie, tiba-tiba aku tertarik ngan barangan kat website nie. .nampak cantik angat!!

So, aku smsla si empunya website tue. .korang nak tau apa yang aku tempah?? skrol ke bawah oke!!




































tadaaaa!!! comel tak??





Yang sebenarnya aku ada tempah 2 mug. .mug yang kat atas nie, mug yang aku punya. .kalau untuk omma aku, yang kat bawah nie. .





T-shirt Mudah Terengganu

Kat mana aku tempah mug-mug yang cantik nie? Kat sini la..----> http://www.tshirtmudahterengganu.com
Kalau nak score brape markah yang aku bagi, aku akan bagi 10/10. .full mark okey. .sebab ape? sebab, selain daripada printing mug yang kreatif, service diorang pon memang puas hati. .diorang akan pastikan yang kita betul-betul puas hati dengan hasil design diorang, baru diorang akan printing mug korang tue. .Untuk kes aku, aku serahkan seratus dua peratus kat diorang untuk design cantik-cantik mug aku. .dan hasilnya teramat-amatlah menarik!! kalau nk design sendiri pon boleh...

Korang pon apa tunggu lagi, kalau korang nak fikirkan sesuatu hadiah yang lain daripada yang lain dan amat bermakna untuk korang dan si penerima, aku cadangkan korang tempah di website nie. .bukan hanya mug sahaja tau!! baju Tshirt pon ada. .kalau korang nak tengok design untuk baju, klik kat SINI

Wawa, mahal ke tempah dekat website nie???. . .oke, buat pengetahuan saudara saudari sekalian, harganya tersangatlah murah dan mampu milik kepada semua orang. .bagi sebuah mug, hanya dikenakan RM16 termasuk postage. .kalau nak lebih dari satu, korang berundinglah sendiri dengan Kak Nisa kita nie melalui:

 


So,harap-harap bagi yang nak sambut bufday kawan ker, bufday famili ker or anything else, bolehlah tempah kat sini. .pasti diorang akan gembira seperti mama aku. .hehehe..biasala...bila lagi nak tengok barang yang ada gambar kita kan?? huhuhu

Kla...chow!!

Rabu, 22 Mei 2013

Selamat Tinggal Adik Ku!!

Assalamualaikum. .

Minggu lepas,aku dengan famili telah menghantar adik lelaki aku ke Kolej Kuala Nerang,Kedah selepas mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran  ke UNIKL..but before dia ke UNIKL, dia perlu melalui kelas persediaan selama setahun 2 bulan di kolej Kuala Nerang...sekirannya adk aku lulus mendapat 4 flat dengan jayanya, pihak kolej akan terus menawarkan pendidikan ke peringkat Ijazah. .dan sekiranya gagal, terpaksalah ambil diploma balik. .tapi aku yakin adik aku boleh buat. .heehe

Aku pergi Kedah tak lama, kejapppp jer. 2 hari jer kot! Sumpah kitorang tak sempat nak jalan-jalan sambil makan angin kat Kedah sebab, mama aku and adik-adik perlu sekolah pada hari Isnin. .tu pon dah mintak cuti sehari untuk hari ahad. .

So,apa yang terjadi semasa 2 hari kat sane wawa? haaa...meh nak habaq kat hang.pui!mentang-mentang pegi kedah,ko dah tukar dialek eh...
Kalau nak kongsi tempat yang aku melawat tu memang takde la..sebab dah terang lagi bersuluh aku cakap yang kitorang tak sempat nak melawat tempat menarik bagai nih...jadi untuk kali nie, aku sharela sikit bagaimana perjalanan yang mungkin agak menarik untuk tatapan pembaca blog aku sekalian. .

Kitorang bertolak dari rumah ku syurga ku ke kedah selepas subuh, dan perjalanan ke Kuala Nerang mengambil masa 6 jam untuk sampai. .tue pon dah kira cepat,sebab abah aku nie kalau bawak keter macam pelesit. .bayangkan masa konvoi ramai-ramai nak pergi gua musang. .dalam 3 jam perjalanan kitorang dah terpacak kat gua musang tuh. .but, yang lain sampai pada 1 jam yang berikutnya. .

Lepas sampai kat kuala nerang, kitorang telah menyewa sebuah homestay untuk kitorang bermalam. .homestay tuh, abah aku dah booking awal-awal sebab musim sekarang, homestay agak penuh. .jadi untuk langkah berjaga-jaga, abah aku booking awal-awal. .tak payah bazir duit bayar hotel yang mahal sampai tercekik tuh. .lagipun, homestay kat situ dekat jer dengan kolej adik aku tuh. .jalan kaki pon sampai tau! Nama homestay tue ialah Cemara Homestay. .



So, kalau korang teringin nak jalan-jalan ke kuala nerang nanti, aku suggest kat korang supaya sewa kat homestay nie. .sebab apa? sumpah korang, memang best sangat duduk kat rumah nie. .homestay nie ada dua tingkat dan mempunyai 4 buah bilik. .abah aku cakap,kalau nak sewa satu rumah, kena bayar 4 ratus hengget. .tapi, memandangkan tuan rumah nie ada buat pakej sewa bilik sahaja, abah aku terus grab yang sewa bilik. .jimat sikit. .2 ratus jer. .2 ratus tue termasuk sekali ngan dapur dan ruang tamu. .huhu
abah aku sewa 2 bilik jer. 1 bilik kat atas, and satu lagi kat bawah. .dalam bilik atas memang luas sangat2!! dalam bilik tuh, ada 1 katil queen dan 2 katil single. .jadi leh tido ramai-ramai yerdak? bilik yang bawah pulak untuk atok ngan adik lelaki aku. .tu pon katil queen tau!! selesa!! siap ekon lagi tau!!

untuk sehari tuh, takde aktiviti sangat sebab masing-masing letih dek perjalanan yang agak jauh. .abah aku pon, selepas berunding ngan tokey rumah tue, terus naik ats, mandi, solat and tidow. .siap berdengkur lagi. .hewhew..

Second day, awal-awal pagi lagi kitorang turun umah. .pendaftaran kolej pukul 8 pagi, jadi kitorang turun awal sebab nak bekfes dulu kat kedai makan. .nak kata aku nie sangat jakun dan terlalu mengikut adat orang kelantan, aku ada tanya mama aku tentang bekfes kat sini. .meh dialog sikit!! tu pon, aku dah traslate dari bahasa kelantan oke!

Aku: mama,takde menu lain ke kat kedai nie? nasi lemak ngan bihun goreng jer?sedap ker?
Mama: la.. .ko nak makan menu yang macam mana lagi?
Aku: yela,takde ke nasi gulai ayam ke, nasi dagang ke, kerabu ke. .nie nasi lemak jer, mana best!!
Mama: ko ingat nie kelantan ker? kat kelantan jer yang jual nasi berlauk macam tuh. .kat sini diorang bekfes ngan nasik lemak jer. .ko jangan nak ngada-ngada. .kalau takmo makan sudah. .kebulur la sampai tengah hari. .
Aku: yela-yela. . .nasi lemak satu!! nak ayam goreng peha yer!!

Haa...begitulah serba sedikit dialog antara aku ngan mama. .tu pon aku dah tapis sikit. . kalau aku taip yang betol-betol punya, memang korang tak paham punya. . .huuhuhu

Oke, habis cerita pasal bekfes. .lepas kitorang tiba di kolej adik aku, abah dan adik pergi daftar dan ambil barang yang disediakan oleh pihak kolej seperti kunci hostel, bantal, dan cadar. .after that, kitorang diberi kelonggaran untuk ke hostel untuk mengemas apa yang patut. .memandangkan mama terpaksa jaga adik aku yang 3 orang lagi tue, jadi akulah yang kemaskan baju adik aku semua. .bilik dia pon best. .cuma dibenarkan 3 orang jer dalam satu bilik. .so, takdelah bising sangat macam kat asrama sekolah kan?
lagipon, keselamatan barang pon terjamin. .

Mungkin tu jerlah kot apa yang aku nak kongsi hari nie. .sebab lepas hantar adik aku ke kolej, kitorang terus balik ke kelantan. .tapi, aku nak share sikit tentang kelebihan UNIKL nie kat korang. .mane tau adik-adik kat luar sana berminat nak masuk UNIKL. .

1.Seperti yang sedia maklum, UNIKL merupakan sebuah Universiti swasta yang terletak di bawah jagaan mara. .
2.sebelum kita terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, kita perlu melalui kelas persediaan selama 1 tahun 2 bulan. .
3.apa yang boleh aku cakap kat sini, semasa di kelas persediaan, pihak mara akan menanggung semua kos yang ada. .
4.makan 5 kali sehari...dijamin tidak akan kelaparan.
5.kalau nak beli buku, buat membazir duit jer sebab semua buku-buku sudah tersedia di perpustakaan. .
6.dapat elaun RM100 sebulan. .bab kata puan pengarah UNIKL, duit seratus tu hanya untuk topup jer. .sebab semuanya disediakan. .
7.bebas untuk keluar outing selepas jam 4 petang, tapi perlu balik ke hostel sebelum jam 6 petang. .
8.pengangkutan ke bandar juga sudah tersedia seperti bas dan taksi.
9.Sekiranya keputusan peperiksaan kita mendapat 4flat mungkin pinjaman semasa melanjutkan pelajaran ke UNIKL bertukar kepada biasiswa. .atau hanya membayar beberapa peratus jer. .tapi dengan syarat, perlu 4flat tau!!

oke, itu jer aku nak kongsi hari nie. .semoga bertemu lagi!! chalo bete!


Jumaat, 17 Mei 2013

May Giveaway By Amer Corner

Assalamualaikum!!!

Pagi nie, rasa macam nk join GA jer. .hehehe..tambahan plak, aku dijemput khas oleh owner GA tue sendiri, lagi la aku eksited!!


macam biasa...nak join, klik banner oke!!

Syarat-syarat join.
1. Wajib Follow Blog Penganjur iaitu  Amercorner dan juga blogger sponsor iaituAtiqah.
2. Add circle. Atiqah Nas and AmerCorner
3. acerultras4murahfastnfurious
      (click link dan load habis ,wajib *akan disemak dengan pen merah)
4. Buat Entry Bertajuk " May Giveaway By Amer Corner "
5. Tempek Banner dan linkkan ke post ini.
6. Tinggalkan link entry korang ke comment entry ini.
7. Siap. Promote lah kalau nak jadi Top Referral.
8. Lastly, like fb amercorner. (https://www.facebook.com/pages/AmerCorner)



Jumaat, 10 Mei 2013

Cara Dapat Minyak Petrol Lebih

Assalamualaikum. . .

Fuhh!! lama giler aku tak update entry kan? ada yang rindu tak? hehehe. Baiklah, untuk entry kali nie, aku nak kongsi ngan korang satu tips yang sangat berguna tentang minyak kereta. .^_^
Pehal dengan minyak kereta plak kan... meh sini nak gitau kat korang sumer. .seperti yang sedia maklum, kemungkinan harga minyak petrol negara kita akan naik. .aku cakap kemungkinan oke! kalau harga tak naik, Alhamdulillah. . :-) . Jadi sekarang aku nak share sikit kat korang bagaimana nak dapatkan minyak petrol ngan banyak. .haa...petua nie aku nak share kat korang yang drive sendiri or mak ayah korang. .tapi, kalau korang isi minyak RM10 tapi nk minyak macam isi RM20 memang tak la kan. . .agak-agakla. .

okeh. .nie petua aku. Setiap kali korang pergi isi minyak kereta, korang perlu tahu kedudukan pintu minyak kereta korang sama ada di sebelah kiri atau di sebelah kanan. .kalau pintu minyak kereta korang berada di sebelah kanan, aku cadangkan korang supaya memilih line mengisi minyak kereta untuk pintu minyak kereta yang berada di sebelah kiri. . faham maksud aku? kalau faham bagus. .

Kenapa plak kena isi macam tue kan? buang tabiat ker?. .meh sini aku nak gitau. Korang tahu tak, setiap isian yang korang dapat tidak seperti yang korang bayar. .Contohnya, korang isi minyak untuk RM10, tapi yang dapat hanya untuk RM8. .memang dah rugi RM2 kat situ. .Hal ini disebabkan oleh tiub isi minyak tue. Kenapa pulak? Korang perasan tak setiap kali korang isi minyak kereta, tiub untuk salurkan minyak petrol tersebut berada dalam keadaan kendur? hal ini akan menyebabkan minyak petrol yang ingin disalurkan ke kereta kita terperangkap kat bahagian kendur tue. .kalau  korang tak caya, cuba buat sendiri eksperimen kat umah. .tak perlu guna minyak petrol, guna air dan tiub getah yang kaler oren tue pon dah cukup. .cuba korang kendurkan tiub tersebut. Mesti korang nampak kandungan air yang terperangkap kat bahagian lekuk tue kan? Situasi tersebut lebih kurang sama ngan isi minyak tadi. .

nampak tak kekenduran tiub minyak tue?

Kalau kita buat melalui cara aku tadi, korang pasti akan tengok kedudukan tiub minyak tersebut berada dalam keadaan tegang atau lurus. .jadi, kita tak perlu khuatir tentang kuantiti minyak yang ada kat dalam tiub tue sebab semuanya sudah masuk ke dalam perut kereta..yum. .yum. .yum. .!! dah jimat kat situ. . ^_^ tapi, kalau nak buat ikut cara aku, pastikan kereta korang berada di hadapan sikit supaya senang nak tarik hose tue kat sebelah sana. .oke!


Tue baru yang pertama. .ada lagi petua nih! tapi ini yang last la. .tue pon aku dapat tahu daripada ayah kawan aku. .dia cakap, kalau nak isi minyak kereta ker, motor ker, pastikan korang isi minyak pada waktu pagi atau malam. .jangan sesekali mengisi minyak pada waktu tengah hari. .sebab ape? sebab, pada waktu panas terik,bukan minyak sahaja yang akan diisi ke dalam tangki kenderaan korang, tapi gas juga turut diisi. .jadi, kuantiti minyak yang diisi akan jadi sedikit sebab bercampur dengan gas. .rugi tak? jadi, dengarlah cakap aku. .

baiklah sampai sini jer yang dapat aku share kat korang. .aku pon dah buat banyak kali dah. .korang pom jom lah buat skali. .tak de sape yang nak marah pon. .kita bayar oke! bukan ambek free-free. . ingat prinsip nie, customer is always true!!!. .(kucar-kacir sudah BI aku!!)

Bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com