HOME ABOUTME BLOGSHOP TUTORIAL AKU&ONEW GIVEAWAY

Sabtu, 30 Mac 2013

Hati-hati bila memilih tuala wanita oke!

Assalamualaikum <3

Setiap gadis mesti akan melalui satu peristiwa berdarah (tak tau nak buat bahasa halus camner hek9)...dan peristiwa ini akan sentiasa berlaku pada setiap bulan bergantung kepada metabolisme tubuh kita...ada seseorang tuh akan berlaku pada awal bulan, pertengahan bulan dan juga pada akhir bulan...

korang tau tak,penggunaan jenis tuala wanita adalah penting?take a note oke! .seperti yang sedia maklum, kita sudah kenal pelbagai jenis tuala wanita yang dipasarkan di Malaysia mahupun di luar negara..contohnya, Kotex,Libresse,Laurier, dan lain-lain...(kalau aku gitau satu persatu,esok pon tak habiskan?)
Dulu, aku ada baca satu artikel yang mengatakan kanser serviks berlaku akibat daripada penggunaan jenis tuala wanita yang salah..omo! terkejut tau aku baca artikel tuh...tapi, kalau aku pikir2 balik, memang betul pon...
sbb ada sesetengah jenis tuala wanita tuh diperbuat daripada kertas yang dikitar semula...

Korang tau tak bahayanya kertas yang dikitar semula tuh? Datang dari mana bahayanya itew?
Haa...meh nk gitau, korang tau tak untuk menjadikan kertas surat khabar putih dan bersih sesuci dalam debu tuh perlu menggunakan peluntur. Alaa..kalau mak mak kita mesti guna klorox kalau nk sental kotoran degil kat baju putih...nak nak baju sekolah...kan.kan.kan?



Jadi, ada sumber yang menyatakan bahawa walaupun peluntur telah dibersihkan dari kertas, namun masih ada lagi sisa2 peluntur yang melekat pada kertas itew...bahaya tau!
sebab apa bahaya? sebab, korang bayangkanlah, kawasan larangan tuh kan kawasan yang lembap, jadi apabila kita pakai tuala wanita yang very2 bahaya tuh,sisa2 peluntur tersebut akan mengelwap dan masuk ke dalam faraj...sebab tu lah jadik kanser serviks adik2, kakak2, makcik2...
kena ambil serius nih...hmm!!


So, aku pun tak fikir panjang dan mula cari pad yang betul2 selamat untuk dipakai..mungkin korang masih kabur ngan masalah nie...tapi silap2 hari bulan dapat kanser, baru terkedek2 nk cari yang selamat punya...apa faedah aku buat entry sal nih kalau korang tak cuba nk berubah untuk kebaikan diri korang kan?? sediakan payung sebelum hujan la..


Cari punya cari punya cari, akhirnya, dengan hasil pencarian aku, aku jumpa jugak pad yang sangat-sangat selamat untuk dipakai...sebab pad dia seratus dua peratus daripada kapas tau!!jadi, sudah semestinya tiada bahan kimia yang membahayakan kat dalam pad nih...hehehe...





Tadaaa!!! nie la pad yang aku pakai!! selesa gila!! lagipun pad dia memang superb anti kebocoran sebab pad nie mampu menampung 250ML air tau!! korang bayangkan sendiri oke!! darah kita xdela sampai 250ML..jadi memang susahla nk bocor yerdak?
kalau aku nk gitau satu2, memang panjangla entry aku kali nie...so,untk entry yang setewusnya, aku akan cerita sal pad nie jer...atau mungkin aku akan buat satu video tentang pad nie...wahhh, kemain ko punya semangat!

so,see u next time!!



Khamis, 21 Mac 2013

Giliran Adik aku pulak jadik BEST STUDENT SPM!!!

Assalamualaikum. . .

lepas mama melahirkan aku dengan sihat walafiatnya, tiba pulak si budak nie muncul ke dunia...


Maksudnya, budak nie adik aku la kan? baiklah, sekarang aku takmo citer bagaimana budak nie keluar ker, atau kenapa dia kena jadik adik aku...sebenarnya, tahun lepas, selain diri dahku yang bergelombang dalam arena peperiksaan dia pun turut sama dalam kancah arena tersebut! (takleh blah bunyiknya...hek9)
cuma taraf jer lain-lain...aku ambek STPM, dia plak ambek SPM.

Seperti yang korang ketahui, aku pon dah ambek result STPM pada isnin lepas dan mendapat keputusan yang memberangsangkan...famili wawa pon hepi!! lega rasanya...huk8 Klik SINI kalau nk baca entry pasal result aku.

So,kelmarin, keputusan budak nie plak yang kluar...Alhamdulillah, dengan segala usaha beliaw dan doa yang tidak putus-putus, beliaw telah mendapat 9A 2B dalam SPM...walaupun tak dapat straight A seperti yang diidamkan, tetapi, beliaw tetap bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi...dan yang paling bestnya, selain aku yang jadik best student, adik aku yang sorang nie jugak merupakan best student kat sekolah dia...Tahniah..tahniah...tahniah!!!

Kitorang gembira sangat dapat memberikan kejayaan kepada oppa ngan oppa kitorang...bukan senang tau nk dapat keputusan yang terbaik..nak nak pulak jadik best student...lagilah susah..tapi Alhamdulillah, Allah makbulkan jugak doa kami berdua....

So,InsyaAllah, kalau kitorang masih ada rezeki nak sambung belajar kat universiti, adik aku akan masuk U pada bulan 6 nanti untuk pengambilan diploma..yang aku pulak bulan 9 nanti bagi pengambilan Ijazah Sarjana Muda...bangga rasanya sebab pada tahun yang sama, kami akan masuk U!! kalau ngan izin Allah la...

Jadi, semua result dah dapat...cuma tunggu untuk panggilan universiti jer...mintak-mintak dapat area semenanjung...lau kena kat sabah atau sarawak, menangis tak berlagu la aku...huwaaa!!!

Klah, aku nak keluar jap..see u soon!! doakan kami adik beradik dapat masuk U yer!!! thank you sumer!!! chow!



Isnin, 18 Mac 2013

Best Student STPM 2012!!!

Assalamualaikum. .

Hari nie 18 march 2013.So, keputusan STPM 2012 akan keluar!!! korang nak tau tak, 2 hari berturut turut aku tak boleh tidur. asyik-asyik fikirkan result.masa solat pon dah macam nak tak nak jer khusyuk sebab terlalu pikir kan result.rasa macam nak pegang ketat-ketat jer jarum jam supaya tak bergerak. .takut woo nak jumpa hari esok!Memang aku terlalu memikirkan result dan ada kawan aku sampai tak lalu nk makan sbb takut sangat kalau -kalau result dia tak bagus.tapi aku, kalau bab makan, memang tak pernah tak lalu nak makan.melantak jer kalau ada kat depan mata. .kalau tak makan, nanti lapar pulek!hek3! :-D

Okeh, sekarang aku takmo citer sal 2 hari sebelum atau 3 hari sebelum nak ambek result tuh, sebab semua orang dah tau bagaimana rasanya semasa menunggu tarikh nak ambek result kan . kan . kan.!! sumpah aku cakap, memang terseksa!! kalkulator kat tangan aku memang macam magnet jer kat tangan aku. . nak kira pointer nie khonn!!

Baeklah. .pagi tadi, seyes aku bangun terlalu awal. .sebab rasa semangat jer nak ambek result.tehee :-) .padahal result kuar kul 12 afternoon. . lepas jer aku pick semua kawan-kawan aku ngan kete, my teacher yang sememangnya yang paling rapat ngan aku ada msj aku ucapkan tahniah. What! terkejut berok, kera, dan chimpanzi aku dibuatnya. . mana taknya, dia ucap tahniah kot!! kawan-kawan aku yang duk dalam kete tak putus-putus dok melolong kat aku sbb dok pikir aku jadik best student kat sekolah. aku pon terpikir gak ngan perkataan yang cikgu tulis kat aku tuh! tak mungkin seorang cikgu tergamak nak tipu anak murid dia kan? dia sendirik yang ajar aku jangan menipu. . hek9

So, aku just reply thanks jerla kat cikgu aku tuh. . dalam hati nih, dah berbunga-bunga sbb siapa tak bangga oii dapat jadik best student! korang tak bangga? memang bukan manusia la namanya. .

Masa sampai kat sekolah plak, aku tengok ramai cikgu yang dok sengeh-sengeh kat aku. .heran aku dibuatnya. . aku ada jgak tanya cikgu why? tapi dia takmo cakap. .so, kenala tunggu pengumuman kat dewan. . masa kat dewan, cikgu just hanya umumkan calon yang top 10 jer. .so, masa tuh, memang aku pasrah giler. . dalam fikiran aku nih, tak lain tak bukan pikir tak lulus jer...sedih giler..tak dapat aku bayangkan bagaimana reaksi omma ngan oppa aku bila dapat result aku yang ciput nih.

lepas jer sesi pengumuman top 10 sekolah, semua pelajar yang lain perlu ambek result masing-masing ngan guru kelas. .aku pon apa lagi! terus pegi dapatkan cikgu Asri tuk ambek result. .semangat giler! akulah orang yang pertama yang sampai kat meja cikgu asri. .lepas jer ambek result, aku terus bukak. .Ya Allah!! rasa nak nangis jer. .tapi aku tahan. .takkan nak nangis kat situ pulak... so, aku cari satu tempat yang boleh aku call abah aku. masa aku dengar suara abah aku, aku terus nangis. .abah aku dah kalut giler dengar aku nangis..mana taknya, takut woo kalau dengar anak dia tak lulus peksa. .

lepas aku dah reda sikit, barulah aku gitau result aku kat abah. .kalau korang nak tau, abah aku betol-betol bangga ngan aku tau! syukur sangat2!! dapat jugak aku hadiahkan kegembiraan buat abah aku. .dari gagang telefon, aku dah dapat dengar suara kegembiraan abah aku..sekali lagi aku nangis..huwaaa!! sapa tak bangga oi dapat buat ayah bangga ngan kita. . lama giler aku tunggu saat nih!. .after aku call abah, aku call mama plak..masa aku call mama, aku dah nak nangis tau sebab panggilan tak masuk...so, aku tak kira, aku terus call my mom punya kawan plak..biasala, mama wawa cikgu kat sekolah..

Masa aku dengar suara mama aku, aku nangis skali lagi. .aku pon pelik sbb asyik nak nangis jer. .mama aku pon panik macam abah aku gak, kot-kot tak dapat result yang chantek! lepas jer aku gitau mama yang aku dapat 3.33 dan dapat jadi calon best student kat sekolah, mama aku pulak yang nangis..adoyai!! aku dapat dengar yang kawan-kawan mama aku ucap tahniah kat mama aku... hik9..rasa bangga kat situ...

So, begitulah saat-saat aku masa aku ambek result tadi. . sebelum balik, aku salam ngan cikgu n ucapkan tengkiu sbb menghalalkan ilmu yang dia bagi serta doa yang tak putus-putus dari cikgu. . .






sory, muka aku takde lam semua gamba...aku dok nangis masa tuh..

Jadi mungkin korang nak tau bagaimana cara aku dapat result yang baik kan? aku bukan nak riak kat korang. .cuma sekadar buat renungan..

yang pertama, aku sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa aku. .kalau dengan Tuhan tuh, dikira wajib...sebab selain usaha kita, dia yang akan tentukan rezeki kita okey!!

yang kedua, jaga hubungan ngan guru-guru aku. .tak kiralah dia mengajar aku ker tak, aku still hormat dia.kat sekolah dulu, ada 3 orang guru yang begitu rapat ngan aku..bukan hanya di sekolah, tapi di luar skolah pon aku tetap rapat ngan guru aku... iaitu Ckgu Mad, Cikgu Asnida dan Ckgu praktikum Ckgu Faisal..

yang ketiga, aku selalu buat ulang kaji kat sekolah n kat umah. .kalau ada yang tak paham, terus tanya cikgu...jangan main-main pendam tau! nanti lupa nak tanya, naya korang...

yang keempat, aku buat jugak study grup ngan kawan-kawan aku...biasanya aku buat dalam 4 orang jer...kalau ramai-ramai, jadi benda lain plak.

yang kelima, aku always berlumba result ngan kawan aku...cara nie berkesan tau!! sbb kita pasti akan sentiasa nak bersaing ngan kawan kita untuk menjadi yang terbaik..

n lastly, aku tak kedekut ilmu...kalau ada kawan aku tak paham, aku akan sentiasa bersedia untuk menolong dia...tapi setakat yang aku tahu jerla...aku bukannya cerdik sangat....tapi jangan kedekut ilmu...biar ilmu sikit pon....tapi pahala berlipat ganda!!

okeylah!! pnjang gila aku taip...aku nk tdow dulu...capek bangat!!

wassalam...

Isnin, 4 Mac 2013

"SEGMEN: FARAH SYAMIMI MENCARI BLOGLIST''

salam. . .

Tadi, aku telah dijemput oleh blogger farah tuk join segmen yang dia buat.So, oleh kerana aku ada banyak masa n tak tau nk buat apa, baik aku join segmen nie. .kalau nak join, klik banner oke!!


gud luck!!

Ahad, 3 Mac 2013

Sample Lactacyd dah sampai! !

Assalamualaikum. .

Petang tadi, aku balik dari kedai cikgu aku. . makan tengah hari kat sana. .
masa aku masuk bilik dan nak letak bag, ternampak satu sampul surat yang tertulis indah dengan nama Wawa. .ihik!

Masa tu,bingung pon hado. .nak kata menang GA, mesti diorang tanya alamat bagai. .
lepas bukak sampul tuh, aku senyum kejap. .tak sangka yang aku request nak kan sample Lactacyd tu dah sampai kat Villa aku nih. .

Memang teruja gila la. . tak sabar nak cuba sample nih. . kata Keknis(Hanis Zalika), Lactacyd memang terbaik dalam kalangan terbaik kalau nk pakai. .sebab produk2 nya amat-amat lah best. .banyak khasiat. .

So, apa tunggu lagi, kalau yang nakkan sample dari Lactacyd, klik kat SINI ok!! dan isi maklumat untuk menjadi ahli VIP!!



gud luck!!

Jumaat, 1 Mac 2013

Duit Dari Kitar Semula

Assalamualaikum....

Korang perasan tak yang semakin hari,negara kita semakin panas? Korang tau tak apakah punca yang berlaku masalah tersebut ?(fuhh..ayat macam nak buat karangan STPM jer. .) Haaa...hari nie,aku nak bagi satu pengalaman baru tuk korang. . aktiviti nie nampak jer leceh, tapi boleh bawak untung tau!! walaupun tak seberapa,tapi lebih baik daripada takde langsung. . peace ^_^


Aku nie, nak kata seorang pencinta alam sekitar yang tegar tu tak la... tapi, at least aku nie, masih peka dengan keadaan sekeliling kita nie. .Ada tak korang pernah terfikir untuk buat aktiviti kitar semula?Kalau ada tu baguslah, tapi, kalau yang tak pernah terlintas tue, korang pikirlah sendiri ok!
Memang ada orang pernah mempertikaikan aktiviti nie sebagai aktiviti yang membosankan. .tapi,cuba korang berfikiran positif sikit, melakukan aktiviti kitar semula nie jugak boleh jana pendapatan tau! memanglah tak dapat fulus beratus hingget. . tapi sekurang-kurangnya ada...

Aku buat aktiviti kitar semula nie dah lama dah..aku bukannya kutip dari tong sampah ke, kat tepi jalan ke, or kat mana-mana yang boleh diketegori sebagai kutip mengutip nie. . aku pon bukan rajin sangat. . aku cuma kumpul benda-benda yang boleh dikitar semula yang datang daripada apa yang famili aku beli. . Contohla, mama aku beli susu pekat yang dalam tin kecik cinonet tue. . lepas habes digunakan, aku ambek tin kosong tue,aku masukkan ke dalam guni. . kalau dihitung-hitung, sampai 3 bulan gak la nak penohkan guni beras tue. .untuk penohkan guni tue,korang kena sabarla sikit ok!! sabar tu kan separuh daripada iman. . ^_^'


Tu contoh bagi satu jenis barang jer. . yang sebenarnya banyak lagi kita boleh kumpul bahan yang boleh  dikitar semula. . kalau aku, selain tin aluminium macam tin susu tue, aku kumpul jugak bahan macam botol-botol plastik , botol-botol kaca , kertas akhbar , dan sarang telur. .

Memang berbaloilah kumpul benda-benda alah macam nie. . mula-mula, memang kita rasa berat sangat tangan kita nak buat kebaikan tue . tapi kalau korang dah menjadikan aktiviti nie sebagai satu kebiasaan, aktiviti yang membosankan nie boleh bertukar kepada keseronokan dalam sekelip mata tau! ! In addition, selepas kita jual semua barang yang kita kumpul tue kepada syarikat kitar semula. . dapatlah jugak sedikit fulus atas kebajikan kita kepada alam sekitar. . suka tak, suka tak . .

So, apa lagi, tak guna aku duk pot pet pot pet kat korang kalau korang tak cuba buat kebajikan kat alam sekitar. .huhu.

Jom kita selamatkan bumi kita !! (semangat jap..)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com