HOME ABOUTME BLOGSHOP TUTORIAL AKU&ONEW GIVEAWAY

Jumaat, 8 November 2013

Housekeeping 40 hours

Assalamualaikum. . .
Apa khabar semua? Macam mana dengan cuti raya Deepavali minggu lepas? mesti syok dapat bercuti panjang apatah lagi dapat bercuti yang famili yang tersayang kan?. .Aku kali nie tak dapat balik bercuti sebab pada hari Isnin ada kuliah dan aku kena siapkan housekeeping 40 jam sebelum minggu depan. . .sekarang tinggal 6 jam jer lagi.. eh kejap, korang faham tak maksud housekeeping 40 jam?
Kalau yang tak tahu tue, meh aku nak habaq kat korang.. sebenarnya, housekeeping 40 jam tue adalah latihan praktikal sebelum aku dilepaskan untuk membuat praktikal yang real pada semester 2 dan 3 nanti.. kitorang perlu buat semua kerja housekeeping seperti iron linen kat laundry, kemas bilik, cuci lantai dekat public area,and so on lah… asalkan cukup sehingga 40 jam. . .aku selalunya buat latihan praktikal nie pada waktu terluang jer. . .contohnya,pada satu hari tue kuliah aku hanya pada sebelah pagi, so, aku akan buat kerja-kerja H/K tue pada sebelah petang. .memang korang rasa macam latihan nie meletihkan, tapi berbaloi tau sebab ia membantu student untuk mendapat CGPA yang tinggi. .setinggi mana tue Allahuallam la kan? janji kita dah usaha..yang lain tue serahkan pada takdir jerla… kalau diikutkan pada assessment, untuk  latihan praktikal H/K  nie akan dinilai sebanyak 20%, yang lain-lain seperti berikut:


                         Sanggup bukak Adobe Photoshop tau sebab nak buat benda alah nie…
Alhamdulillah, naseb baek final just 30% jer…kalau tak, memang susah nak score CGPA yang tinggi. .

So, korang nak tau tak macam mana kitorang buat latihan praktikal nie di setiap bahagian dalam Hotel UITM tue? Aku tak dapat gambarkan melalui menaip, jadi nikmatilah kepingan gambar-gambar yang dah disnap sepanjang aku berhousekeeping hari tue…


bersenam dulu!!





Tandas pon kena cuci tau!!


kemassss...






Wasalam...

Isnin, 21 Oktober 2013

Semester 1

Assalamualaikum...

Lama bebenor aku tak update blog kesayangan aku nie kan? Ceq mintak maap na kat hangpa semua..sebab ceq memang sibuk sangat-sangat semenjak ceq tercampak kat UITM Penang pada suatu ketika dahulu...memandangkan ceq dok kat Penang nie, bahasa Kelantan dah jarang guna pakai dah..asyik2 cakap luaq, kadang-kadang speaking pon hado..semua bercampuq sampai ceq tak tau dah ceq nie asal dari Kelantan ke atau Penang...

Dah..dah..malas pulak aku nak taip ayat negeri Utara nie...amboi, mentang-mentang aku dok kat Penang, semua benda aku nak tukar yerr..tak patut betol! Oke, mesti korang nak tau kos ape yang aku ambek kat UITM Penang nie kan? adakah engineering? atau Farmasi? atau mungkin Bisnes?hehe, tidak sama sekali ya kalian, aku sebenarnya ambek kos Pengurusan Hotel. Ramai jugak yang tanya adakah aku minat ngan kos nie? oke, boleh jugak dikatakan aku minat ngan kos nie sebab aku minat kerja dalam hotel, walaupun kos nie aku letak dalam pilihan kelima..hehehe. Ekceli, aku nak ambek bahagian pendidikan, tapi mungkin rezeki aku terarah di bahagian perhotelan kot! mane tau, abes graduate nanti aku jadi manager kat mana-mana hotel atau aku bangunkan hotel sendiri ker.. korang jugak yang untung..hehe untung ke?

Untuk semester pertama nie, aku just ambek 19 kredit jer. Maksud aku just ambek 7 subjek. Apakah subjek2 itu? meh aku tunjukkan..

  • Fundamentals Of Hospitality And Tourism Industry
  • Housekeeping Management
  • Front Office Management
  • Introduction To Management
  • National Kesatria 1
  • Introductory Japanese (Level 1)
  • Preparatory College English

Alhamdulillah, setakat nie aku boleh lagi catch up semua subjek2 nie..cuma subjek  yang susah sikit aku nak faham ialah sujek Introduction To Management. Kalau Bahasa Jepun plak, awal-awal belajar dulu memang agak pening sikit, tapi memandangkan aku ada kawan yang pandai dalam bahasa Jepun, dan aku banyak tengok drama-drama Jepun,jadi lebih senang aku nak faham bahasa Jepun tue..so, untuk bahasa Jepun nie, aku ada 2 orang Sensei la...

Untuk pengetahuan kalian jugak, aku bukan sajer akan hadapi paper teory jer, malah aku juga akan hadapi ujian practical, tapi bukan semua subjek, just subjek housekeeping, front office dan kesatria jer..so, senangla aku nak score masa exam final nanti sebab assessment untuk practical sajer dah 20%.

Mungkin korang pelik, apa itu Kesatria kan? oke, kesatria nie macam ko kurikulum kitorang la... subjek nie senang jer nak dapat A (InsyaAllah) sebab kita just ada ujian berkawad ngan ujian teori jer..kalau-kalau sape yang dah pandai berkawad masa sekolah dulu, mesti senang nak pas punyer..kawad Kesatria nie same jer ngan kawad Polis...jadi untungla sape yang pernah masuk dalam badan beruniform kadet polis.

oke, setakat nie jer yang aku dapat taip untuk kali nie...InsyaAllah, nanti kalau aku ada masa nanti, aku akan update entry yang lain pulak..sekiranya aku ada ideala nak tulis ape-ape kat blog nie la kan... tapi, kalau aku kelewatan, maaf sesangat yer!

So, bubui!!

Isnin, 16 September 2013

OMG Charlie!!!!

Assalamualikum. . .

Oke, untuk entry yang hari tue, aku dah bagitau sikit-sikit pasal binatang charlie tu kan? Haa...tue baru mukadimah jer, yang nie aku nak citer dari A sampai Z pasal binatang charlie nie. . .eeee, tak sabaq nak habaq kat hangpa!


 

Aku sebenarnya dah lama tau pasal charlie nie, tu pon sebab adik aku yang cakap. Adik aku tinggal kat asrama, so dia selalu kena charlie nie. .sakit oi!! banyak luka kat tangan adik aku. . .kesiaaaaannn... Dulu, aku boleh la gelak-gelak kat dia sebab kena dengan menatang tuh!, tapi sekarang dah kena atas batang hidung aku sendiri. .haa, kan dah padan ngan muka...

Masa fes time aku tengok charlie nie, cepat2 aku lompat atas kerusi. Bukan apa, takut sangat kalau kena bisa charlie tue. Sakit wooo kalau kena! mau tak tido malam aku. Dahla homesick aku tak habes lagi...hehehe. Tapi, tapi, tapi, sekarang dah tak buat benda yang tak senonoh tue dah...kalau nampak menatang tuh, terus aku and the gang ambek salotip dan tampal kat badan charlie, biar dia mampus ngan sendiri.

Nie aku nak share sikit tips yang mungkin berguna untuk korang membanteras musuh yang durjana ini. .hehehe, durjana la sangat kan?

yang pertama : kalau tiba jer waktu maghrib, silalah korang tutup semua pintu dan tingkap yang ada bagi mengelakkan daripada charlie nie masuk. .korang tau lah kan, charlie nie bukannya belajar bagi salam nak masuk umah orang, pakai redah jer... tue yang aku panggil musuh durjana tue...selain tue, kita dapat jugak halang syaitonirrajim daripada masuk ke rumah kita yerdak?

yang kedua : Si Charlie nie, memang sangat-sangat!! suka pada cahaya. .so nasihat ceq, korang padamkanlah lampu yang ada. Tapi kalau padam semua, macam mana korang nak buat kerja kan? Jadi padamkanlah lampu separuh. kalau kat Kolej Delima nie lampu kat bahagian meja study ada 4 kan? jadi guna 2 lampu pon dah cukup. better bukak yang tengah la....oke!

yang ketiga : Kat kolej kita telah disediakan langsir kan? so, masa korang nak tidur, sila-sila lah tutup tingkap korang dengan langsir. Fungsi dia, bagi mengelakkan charlie nampak cahaya yang dipasang dalam rumah kita.. ada paham! tapi, kalau korang tidur dalam gelap gelita tak payah tutup pon takpe....

yang keempat : Kalau nampak si Charlie nie, jangan pukul atau bunuh dengan sebarangan. .kita kan ada undang-undang...( choi!!). Sebab apa? sebabnya, kalau kita pukul dia dengan benda, nanti geng2 charlie yang lain akan datang lebih banyak kat bilik kita. .bagaimana dia dapat kesan, aku tak tau....tanyalah encik google k!!

yang kelima : sebelum pakai baju or nak tidur, kebas-kebas dulu la baju korang tue, mana tau ada terselit charlie yang durjana tue, korang jugak yang susah kan?



                                                  nie la jadiknya kalau kena charlie...seram tak?

 


yang keenam : kalau nk bunuh dia, pakai salotip. 

 yang ketujuh : dah takde!!

Haaa.... harap-harap, dengan tips yang aku bagi nie korang dapat guna untuk kepentingan korang. .setakat nie, alhamdulillah takde charlie yang serbu masuk. .adala sekor dua...aku guna tips yang tue la...

So, see u next entry! wasalam.....

Jumaat, 13 September 2013

MDS dan KOLEJ DELIMA

Assalamualaikum. .

Semenjak aku tinggalkan rumah dan bertapak lebih 2 minggu kat UITM Penang nie, aku tak pernah-pernah update blog kan??
Sory korang, aku memang sibukkkkk sangat-sangat!. 2 minggu lepas baru habis MDS.Haaa... kalau nak cerita pasal MDS, memang menjadi mimpi ngeri buat aku ngan kawan-kawan yang lain. .dalam minggu MDS hari tue, memang terseksa sangat-sangat! tapi seksa dengan jadual aktivitinya jerla. . .kalau yang akak-akak ngan abang-abang PM, semuanya baik-baik dan sporting angat! ^^ Bayangkan, nak pergi makan kena beratur, nak ke Pusat Islam kena beratur, nak ke bilik pon beratur, senang citer setiap tempat nak kena pergi semuanya kena beratur. .rimas . rimas. .rimas! Tapi aku tak salahkan abang ngan akak PM sebab diorang buat kerja diorang, so nasiblah kan?


Dah, dah.. aku malas nak membebel pasal MDS tue, kita tutup buku. Kita bukak cerita lain plak. Dekat UITM Penang nie, aku dan kawan-kawan seangkatan dengan aku telah diberikan sebuah rumah. Dalam sebuah rumah tue boleh didiami seramai 8 orang yang dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air dan kat tengah-tengah adalah tempat kitorang study.Rumahnya tersangatlah besar dan selesa.

nielah ruang belajar kitorang, luas tak?



boleh dikatakan kawasan dapur, tapi tak berasap.


our bathroom.. ^^

So, macam mana? ok tak? silakan jeles yer. . . .hehe

Tapi, tapi, tapi, dalam keadaan rumah yang agak selesa dan indah ini, terselit jugak perkara yang palinggggg aku tak suka iaitu.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

korang kenal ngan binatang nie? meh aku kenalkan.... nie lah charlie atau kumbang rove.. boleh dikatakan binatang nie sebagai haiwan perliharaan kami dekat UITM, sebab, dekat area Penang dan Kedah memang banyak sangat serangga nie. .haiwan nie memang tersangatlah bahaya kerana kalau kita terkena cecair dari badan dia, kulit kita akan melecur tau! so, hindarilah diri anda oke!. . aku pon setakat nie Alhamdulillah masih dapat mengelak daripada panahan cecair charlie nie. . .kalau nampak jer binatang nie, aku terus ambik salotip dan lekatkan kat badan dia. . .biar dia mampus dengan sendiri...hhehehe, kejam tak? sapa suruh datang kan?

Mungkin setakat nie jer kot entry untuk kali nie. . . banyak lagi kerja nak buat.... see u!!




Jumaat, 30 Ogos 2013

Majlis Solat Hajat

Assalamualaikum…


Kebiasaannya, jika kita mendapat mana-mana tawaran tak kiralah ke Universiti ker, Politeknik ker ataupun ke Matrikulasi, ataupun beli motor, keter, lori bagai tue,mesti family kita akan buat majlis solat hajat untuk kita kan? Tak terkecuali jugak dengan family wawa. Semalam, baru jer lepas buat majlis solat hajat untuk wawa. Kitorang just buat yang simple-simple jer. Kalau panggil orang pon hanya orang-orang masjid jer..
Kelmarin, dari pagi sampai ke malam kitorang perlu membuat persiapan. Di sebelah pagi, memandangkan mama ngan adik-adik ke sekolah, just wawa and my auntie jerla yang kemas umah. Masuk ke tengah hari sikit baru mama aku join skali buat persiapan majlis solat hajat, tu pon bahagian makanan jer. .
Haa..kalau nak cakap pasal menu yang dihidangkan pada malam tue, kitorang just buat makanan kampong jer, like sayur berkuah lemak, ala..yang kuah dia berwarna putih tueee…, ulam-ulaman, ikan masak merah, budu durian, tembikai sebagai pencuci mulut, dan daging goreng…hmmm, kalau dilihat pada menu yang kitorang sediakan semalam,memang menepati carta pyramid makanan kan? Hehe. .mana taknya, karbohidrat daripada nasi ada, protein daripada ikan ada, vitamin daripada sayur ada, dan lemak daripada kuah sayur pon ada… so complete la kan? Hewhewhew.. ^^
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sepanjang majlis solat hajat itu berlangsung. .Pada malam tue jugak, wawa didatangi oleh BFF wawa jugak tau! Awal mulanya dijemput sebagai tetamu, last-last jadi juru dapur pulak. .kesian plak wawa tengok. .yerla, semasa Jemaah masjid sedang solat hajat, wawa pon turut sama, biar berkat katanya. Lagipon lebih afdal kalau kita sama-sama turut menunaikan solat hajat. Bukan untuk orang lain pon, untuk kita jugak kan? Jadi, diorang terpaksa ambil alih kerja wawa kat dapur..hik3!
So, that all for today. Owh kejap, wawa lupa nak gitau korang, minggu depan pada hari sabtu, wawa dan family akan bertolak dari Kelantan ke Penang untuk hantar wawa ke UITM PENANG. Wawa harap agar perjalanan kami ke destinasi berjalan dengan lancar dan selamat sampai di sana. .doa-doakan wawa tau! Semoga dengan langkah wawa ke Universiti nanti, wawa dapat mencapai segulung Ijazah buat mama dan abah. Aminnnnn

Wasalam.

Selasa, 20 Ogos 2013

Hepi Burpday Wawa!

Assalamualaikum. .



Kelmarin pada tanggal 20 Ogos 2013, genap sudah usiaku yang ke 20 tahun. .wah!! cepatnya masa berlalu.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dia masih lagi memberikan aku nafas untuk aku meneruskan kehidupan dan masih memberi aku ruang untuk sentiasa mencari keredhaannya. .Amin.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan, facebookers,bloggers, tweeters yang sudi wish birthday kat wawa. . InsyaAllah, dengan tahun baru,dan umur baru, aku akan berusaha untuk mengubah diri ku untuk menjadi insan yang lebih baik. Amin...


p/s: entry pendek jer, tak tau nk tulis apa...otak dah kosong, kosong ohh!! ~ ~ ~

Selasa, 13 Ogos 2013

Kejutan Birthday Buat Mama ^ ^

Assalamualaikum.

Kelmarin pada 12 Ogos 2013, mama aku telah menyambut hari lahirnya yang ke 43 tahun! yeay!

Aku dan adik-adik sebenarnya dah lama berpakat nak buat kejutan kat mama aku, tapi kalau boleh tahun nie kami nak buat kejutan yang tak dapat dia lupakan sampai bila-bila. .yerla, tahun nie aku dah nak masuk Universiti, 3 orang lagi pon dok asrama gak. So tak tahu lagi bila boleh buat suprise kat mama kitorang .kalau nak sambut pun, just call ucap selamat dari jauh jerla. .sentap hati che tau!

Baiklah, bagaimana planning kejutan kitorang kat mama? meh aku nak share kat korang.

Sebenarnya, kelmarin jugak, my uncle's wedding jatuh pada hari jadi mama. Asalnya nak sambut kat situ jer, tapi tak best la pulak sebab mesti majlis uncle wawa terganggu. .kang tak pasal-pasal keliru majlis siapa plak kang. . Jadi kitorang berpakat nak sambut kat rumah nenek kitorang. Lagipun, boleh sambut sekali with my auntie merangkap kakak mama aku yang masih bercuti hari raya kat Kelantan nie.

Nak planning hari jadi mama nie, kitorang tak boleh buat sendiri. .kitorang masih jugak memerlukan pertolongan daripada abah kitorang. .tolong apa? banyak tau! tolong jangan wish birthday kat mama la, tolong kasi kitorang balik awal semasa majlis wedding tue la, dan tolong bawak mama ke lokasi majlis sambutan hari jadi.Memang superb lah abah kitorang sebab sudi jugak masuk team kitorang untuk suprise kan mama. hehehe..thanks abah!


Jadi, abah benarkan kitorang 4 adik-beradik pulang dari majlis wedding pada pukul 5 petang.Nasib baik pukul 5 petang, sebab banyak benda lagi yang tak siap. .semua benda kitorang buat secara last minute, sebab tak sempat nak buat awal. Raya punya pasal kann...hanya sempat planning jer. .tapi oke lah kan, sebab tak lah kalut sangat.


Mula-mula sekali, kitorang pergi ke KB MALL untuk beli hadiah kat mama. Asalnya nak beli handphone,sebab kalau kitorang tengok keadaan handphone mama memang tengah nazak sekarang. Tunggu nak kambus jer hp tue. tapi abah cakap tak payah beli lagi laa...sebab dalam nazak-nazak pon, hp tue masih boleh guna lagi. .so, kitorang planning cari hadiah ke-2. Hari tue, mama aku cakap yang dia nak sangat beli wap iron. selalunya kita jumpa kat kedai jual baju lah. Dia nak sangat wap iron tue sebab senang nak seterika baju dia yang ada labuci-labuci tue. .Dia pon pernah survey kat Parkson nak beli seterika nie, tapi mahal sangat! Jadi, tak jadi nak beli seterika tue. Kesian mama aku.




macam nie lah rupa wap iron tue.macam rupa vacumm pon ada. Tapi yang mama aku kaler pink punya.



So, kitorang bersepakatlah nak beli iron tue kat mama. .Mungkin rezeki yang tuhan nak bagi kat kitorang pada masa tue, sebab musim raya nie, iron tue ada sale. sepatutnya harga asal ialah RM3_ _ . Tapi, memandangkan ada sale, harga iron tue jatuh pada harga RM1_ _. Murah tak? Jauh beza kan dengan harga asal? Jadi, kitorang kumpul duit sebanyak RM50 seorang tuk beli iron tue. .


Selesai sudah bahagian hadiah. Sekarang bahagian kek pulak. Untuk bahagian kek nie, abah kitorang yang sponsor tau! Tapi sponsor duit jerla. .yang belinya kitorang jugak sebab abah tak sempat nak beli. tapi sama jugak kan? Kitorang beli kek chesee coklat moist. Kek nie kitorang selalu makan.Harga pon murah sangat!

Just RM65 jer yang 1kg. yang 1/2kg pon ada jual gak. .

Ponn selesai sudah bahagian kek. Lepas selesai beli 2 barang nie, kitorang cepat-cepat balik rumah nenek. Di rumah nenek, aku sediakan bihun goreng buat juadah sampingan. tak kan nak makan kek jer kot kan? air pulak adik aku yang buat. .after siap semua barang, aku col abah tanya dia kat mana. Nasib baek semua benda dah siap sebab abah aku dah ondeway nak ke rumah nenek aku. .abah aku sempat bagi hint satu miscall bila nak sampai chabang masuk rumah nenek, boleh kitorang bersiap sedia buat suprise.Sebenarnya, selepas aku col abah, aku col mama aku jugak, gitau yang auntie merangkap kakak mama aku nak dia datang rumah nenek. ada hal nak cakap. Bukan apa, saje nak kaburkan mata mama kejap sebab, abah jarang nak ke rumah nenek aku melainkan kalau ada hal. Bayangkan, kalau abah aku terus drive ke rumah nenek aku? tak ke pelik ke?Jadi aku buat tipu sunat nak dijadikan motif kenapa pergi ke rumah nenek, itu jer.


Tepat jam 10 malam, abah dan mangsa kejutan sampai ke rumah nenek. aku dah suruh 2 orang adik lelaki aku masuk bilik sambil pegang kek. .nanti aku bagi hint baru keluar sambil nyanyi hepi bufday.Lepas 3 minit berlalu, aku buat batuk-batuk dan dengan itu, kami adik-beradik menyanyikan lagu hari jadi sambil memegang kek kepada mama. .Alhamdulillah, mama terkejut dengan kejutan yang kami berikan. .After makan kek semua, kitorang pon bagi hadiah kat mama. .masa mama tengok hadiah tue, mama suka sangat sebab barang yang diidam-idamkan sudah ada kat depan mata dia. .




Besar tak hadiah tue? sorry, gambar wawa takder. malas nak upload. so, gambar adik wawa pon jadi lah. .

So, thats all 4 today. .sajer jer aku nak kongsi kat korang. . .Tak salah kalau kita buat kejutan untuk ibu atau ayah kita. . .bila lagi nak tengok dia hepi kan? bayangkan, kalau bukan anak-anak yang ingat tarikh lahir diorang dan kalau bukan anak-anak yang mengembirakan hati mereka, siapa lagi? So, sayangi lah mereka oke!


bye ^^

Jumaat, 26 Julai 2013

Kain Pasang dari Nagoya!

Assalamualaikum. . . 

Kelmarin, pagi-pagi lagi ajak mama ke Kota Bharu untuk pergi menjolikan duit untuk persiapan Hari Raya nanti. . . Tak lama lagi Ramadhan nak tinggalkan kita semua daaa....sedih rasanya, sebab tahun nie den tak dapat puasa penuh...huwaaa!!! mencik3! Tahun nie jugak, aku berharap dapat jumpa dengan malam Laiatul Qadar. .nak, sangat2!!. .

Oke, sekarang aku takmau citer pasal puasa ke hape. Aku nk citer pasal kain pasang yang aku beli kelmarin nie haaaa. . .Aku pergi bei kat Nagoya jer pown. .lagipun, sekarang kat Nagoya ada buat diskaun, so boleh rembat banyak-banyak!! tapi, depends pada jenis kain plak kann...So, setelah aku dok rambang mata ngan mama aku cari kain yang berkenan di hati limpa aku nie, maka dengan sukacitanya aku mempersembahkan keenam-enam kain yang aku beli kelmarin.. hak . hak . hak.


cantik kannn!!! 

Tapi, pembetulan yer kat sini, kain kat sebelah kiri hujung korang tue (hijau) bukan yang aku beli yer...tu hadiah daripada hamba Allah kat aku. .terima kasih bebanyak yer awak! hehe





Aku pilih kain lembut biasa jer. .takmau cari yang ada alas bagai, susah sangat2! nanti, kalau rushing nak ke kuliah nanti senang nk gosok. .nk cuci pon senang... ^_^

Selain tue jugak, kebanyakkan kain yang aku beli, ialah jenis kain yang berkaki. .tak tau maksud kain berkaki tu ape? kain berkaki tue, bermaksud, kain yang mempunyai corak memanjang. .kalau nk senang paham, kalau tukang jahit nk jahit baju nanti, kain tue tak boleh nk potong sebarangan. .perlu ikut corak dia. kalau main tibai potong jer, tak cantek la nanti. . ada paham?

nie contoh kain berkaki. .penat aku snap semata-mata nk dedahkan korang tentang kain nie tau!




See? boleh nampak tak? corak dia memanjang kan? tak boleh sesuka hati nk potong. .!
rasa-rasa koranglah,mana kain aku  yang paling cantik? cer gitau? kalau akula kan, aku suka yang sebeah kanan sekali. . .alaaa, yang ada bunga tabur banyak2 tue, terang pulak tue. .saya suka . saya suka!

So, thats all 4 today. .letih seharian keluar KB pon tak habes lagi. .so, nantikan kemunculan baju aku nanti k!


Rabu, 17 Julai 2013

Medical Check Up

Assalamualaikum. . .

Bagi yang pernah mendapat tawaran belajar macam aku, mesti tak akan terlepas dari sesi yang amat menggerunkan bagi aku iaitu Medical Check Up.Kalau korang nak tahu, aku sememangnya tak suka ke hospital or klinik bagai nie. .tambahan plak, kalau kena cucuk. .aku memang seram giler kalau bab-bab cucuk-menyucuk nie. . kalau korang tak caya,tanya la mama aku. .

Untuk buat medikal check up nie kita perlu booking terlebih dahulu , sebab pihak hospital hanya terima 15 orang sehari sahaja. .depends kepada hospital. Jadi, baik korang pergi booking awal-awal. .lagipun, buat apa tunggu lama-lama, lepas nie banyak lagi benda yang nak di settelkan. . nak tunggu lepas raya? Hoi, kalau lepas raya, mesti susah nak buat, sebab masa tue, ramai orang berpusu-pusu nak buat medical check up. .

Kelmarin, aku dengan abah aku ke HUSM untuk di check up. Masa buat tue, memang tenang sangat-sangat. .takde tergesa-gesa bagai. .bayangan jarum cucuk bontot or lengan pon dah takde dalam kepala. Tapi, ada jugak part yang aku tak suka sepanjang medical check up kelmarin iaitu bab menunggu. .haih! naik krenn bontot tuan hamba tau dak!. .

Masa mula-mula sampai kat hospital, aku perlu daftar dulu. After daftar, terus pergi ke kaunter pembayaran. .bayaran pon tak mahal sangat. .RM50 jer. .berpatutan la jugak kan. . .ada sesetengah hospital tue, ambek bayaran RM80. .tapi, alhamdulillah aku dapat dengan harga yang murah. .hehe save budget abah aku ^^
Tapi, kalau korang buat dekat hospital swasta,memang mahal la sikit. .nama lagi SWASTA kan?

Lepas buat bayaran, bermula sudah sesi check up-mengcheck up nie. .mula-mula aku di X-Tray..alhamdulillah, tulang aku xde yang patah atau bengkok  macam perak man. .hehehe. .after that, aku buat test urine plak pon alhamdulillah aku bebas dari alkohol, dan benda-banda yang tak elok. .aku kan budak baik. Mama sentuh benda-benda haram tue. BERDOSA okey! ^^

And last skali timbang berat, ukur tinggi dan ukur ketajaman mata. .semuanya oke. .mesti korang tertanya-tanya, tentang sample darah kan? hmm, ekceli aku pon heran gak kenapa darah aku tak diambil. .walaupun dalam hati aku nie,fuhhh, lega yang teramat sebab aku dapat lari dari jarum cucuk bontot tue. .kekeke.Myb tak perlu kot, atau only hospital HUSM jer tak buat. .

So, tamat sudah entry aku berkaitan dengan medical check up nie. .maaf yer korang, gambar tak sempat nak ambek. .hehehe. .lupe nak snap. .eksited kemain sampai lupa nak snap gambar . .huhu
See u di lain entry oke!! wasalam.

Isnin, 15 Julai 2013

Persiapan Untuk Ke Universiti

Assalamualaikum. . .
Aku sebenarnya tak suka buat benda-benda dalam last minute. .sebelum tiba hari yang ditunggu-tunggu, aku akan merancang dulu supaya tak kelam kabut sangat nanti. Sekarang kita berada di bulan puasa. .jadi untuk agenda membeli barang-barang keperluan ke UITM akan dilakukan pada lepas raya nanti. .kalau buat masa puasa, nanti letik pulak. .lagipun banyak tempat yang nak dituju. .
Ekceli, banyak giler barang yang perlu aku sediakan. .aku pon dah siap-siap listkan barang-barang yang perlu dibawa dan dibeli nanti. .bukan apa, takut tertinggal ke apa, baik aku listkan awal-awal yerdak? Lagi satu,aku taklah tergesa-gesa sangat nak beli barang. . ^^ Buat sesuatu kerja tue, biarlah cool right?


photo.JPG

photo.JPG


photo.JPG


Baiklah, barang apa yang patut aku sediakan? baju? seluar? alatan mandi? alat tulis? dannn dot dot dot. .Boleh dikatakan aku list dari top to toe dalam satu helai kertas tue. .fuh!! letih aku pikir nak bawak ape. . .Apa yang aku listkan?Tadaaa...

Baju T/ Baju Kurung/ Baju Blaus (bawak sebanyak mana yang mahu)
Seluar (bawak sebanyak mana yang mahu)
Alatan mandi (sabun,berus dan ubat gigi,syampu,pencuci muka)
Tuala
Kain sarung
Tudung
Kasut
Selipar
Seterika (yang ringan jer)
Alat Tulis
Laptop
Selimut
Baldi
Bekas alatan mandi
Barang perhiasan diri
Kain solat
Al-Quran/ yassin
annnnnddd so on. .  



banyak giler aku senarai sebenarnya. .tapi aku malas nak taip kat sini. .hehe
Tapi walau apa-apa pon, korang bawak jer apa yang korang nak bawak. .tapi jangan bawak barang yang melampau plak. .contohnya rice cooker. Dulu, kawan aku pernah bawak benda alah tue. .tapi, tak sampai seminggu dah kena rampas. Ko ingat nak feeling-feeling macam duduk kat umah ker?
Banyak lagi makanan kat kafeteria. .tapi aku tak tau sodap ke tidak. .hehehe. . .pasal seterika plak,ada senior yang pernah belajar kat UITM penang suruh bawak, sebab taklah berebut bila nak guna nanti. Nanti boleh seterika baju dalam bilik jer. . .tak gitu?
Okelah. .thats all for today. .jumpa di lain entry!! Wasalam





Jumaat, 12 Julai 2013

Alhamdulillah, dapat jugak bergelar sebagai Mahasiswi.

Assalamualaikum . .

Mungkin semua orang dah tau pada 11 September 2013 yang lalu, semua pelajar lepasan STPM, Matrik dan seangkatan dengannya akan mengetahui keputusan untuk kemasukan ke peringkat degree kan . kan . kan? aku pon tak ketinggalan tau!!

Jadi, berbekalkan dengan result STPM aku yang cun melecun iaitu 3.33 dan berkat doa aku,ibu bapa dan korang semua, aku dengan berbesar hati, limpa dan perut telah diterima masuk ke UITM Bukit Mertajam di Pulau Pinang dalam kos Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Hotel. .



Oke, memang mula-mula aku pasrah sebab kos yang aku harapkan tak menjadi milik aku. .uolls tahukan, yang aku nak sangat-sangat! jadi cikgu.. So, korang rasa kos yang aku dapat tue dapat jadi cikgu ker? tidak bukan? Tapi, dengan positive thinking yang ada dalam otak aku nie, aku terima gak untuk belajar dalam kos hotel tue. .tak dinafikan aku ada juga minat dalam kos nie. .tapi aku lebih cenderung untuk memilih cikgu. Mybe sebab gaji mahal kot!! hehehe. .tapi its oke, cikgu aku ada cakap, nak jadi cikgu pon boleh dengan kos hotel nie. .tapi dengan syarat kena ambek Master dulu la. .after finish master, boleh jadi pensyarah yerdak? macam cikgu jugak kan? so, i will take dis kos. .hehehe

Aku akan lapor diri kat UITM Bukit Mertajam pada 1 Sep nie. .maksudnya, aku ada sebulan lebih jer lagi untuk bermanja ngan famili aku. . pasni aku dah jauh ngan famili. . huwaaaa!!! sedih wooo!! tak sangka, orang macam aku kena jugak duduk jauh ngan famili. . .hmmmm...

So, thats all for today. .mungkin untuk entry yang depan-depan aku akan cerita pasal persiapan aku untuk ke UITM pulak. .InsyaAllah, dengan perkongsian aku nanti, bolehlah bakal junior-junior aku cekedout..hehehe
Oh ya, kalau para blogger yang turut sama berjuang kat UITM bersama aku, sila-sila lah gitau yer!! boleh kita kawan. .hehehe. .See U!!

Jumaat, 5 Julai 2013

Chinta Que Bridal & Spa

Assalamualaikum ^^

Pada hari nie, aku, adik, mak sedara dan pak sedara telah dijemput untuk memeriahkan majlis pembukaan  Chinta Que Bridal & Spa (CQB&S). Owner bagi CQB&S nie jugak bukan orang lain, tapi adik atok aku yang punya. .orangnya masih muda,mantop! macam si anak dara. .(macam aku! alamak, perasan sudaaa..)

Majlis nie telah berlangsung pada pukul 2 lagi, tapi memandangkan hari jumaat, terpaksalah dahku menunggu  pak sedara balik solat jumaat. .so, kitorang pergi ke majlis tersebut pada pukul 3 petang. .lewat sejam jer pown!!

Majlis pembukaan tersebut memang meriah! walaupun simple dan ruangannya agak sempit, tapi aku puas hati sebab makanannya bestttt sangat! siap ada ruangan untuk candy lagi tau!



yum3!! sedap nyer....^^


Sebelum aku melantak dengan hidangan yang ohsem, aku jenguk-jenguk dulu ke dalam butik tue. .fuhhh!! banyak giler baju pengantin yang lawa-lawa. .naseb baik aku belum kawin lagi, jadi dapatla aku try khidmat kat CQB&S nie. .hehehe. .tengok baju-baju pengantin sampai terjojol bijik-bijik mata tau! rasa macam nak kawen cepat jer. .hik3!! sabar-sabar.





suka gaun nie!!



Selain daripada menyediakan khidmat dalam bahagian kawen-kawen nie, CQB&S juga turut menjual produk-produk kesihatan tau! Macam-macam ada. .tapi aku tak ingat nama produk yang dijual. sebab banyak sangat!.

Untuk menjimatkan masa dan ongkos yang dilaburkan untuk membuat majlis pembukaan tersebut, pada hari tue jugak beliau telah membuat satu majlis hari jadi buat anak gadis kecilnya yang bernama Airis Qaseh. .pelik tak nama tue? hehe. .




Dalam majlis bufday girl tersebut, banyak acara yang dibuat oleh si ibu buat anaknya. .memang meriah! kanak-kanak yang join pon sporting belaka. .aku pon rasa macam nak join, tapi terhad untuk kanak-kanak sahaja. .hmm. .sentap tau! mencik!!





So, aku harap, CQB&S akan terus maju dan maju ke hadapan. .buat si Qaseh pulak, Selamat Hari Jadi, dan semoga berjaya dalam hidup. .buat ayah dan ibu bangga dengan kita. .oke!!

Jadi sebelum aku tutup entry untuk kali nie, kepada sesiapa yang nak kawen lepas nie, korang bolehlah usha2 kat CQB&S nie terutama buat korang yang tinggal kat Kelantan.CQB&S nie terletak di Tumpat. Banyak baju cantik-cantik, dan masih baru lagi tau! Sebarang pertanyaan bolehlah PM saya. .oke! calo bete!!


Khamis, 27 Jun 2013

Bayi kembar 12 terpaksa dibunuh












Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh 

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''



p/s: kalau aku, baik sedekahkan jer kat sape2 yang takde anak. .kalau takde yang nak jugak, bagi jer kat akak angelina jolie ngan abang brad pitt biar dia jaga diorang. .sedih betol la. .

Rabu, 26 Jun 2013

Resepi Dahku: Jus Koktel

Assalamualikum and hai bloggers!!

Sejak dari entry pasal kazen wawa yang lepas, wawa tak pernah update blog kan? lama plak tue. So,memandangkan wawa takde banyak keje sangat hari nie, untuk entry kali nie, wawa nak kongsi satu resepi, wahhh kemain ko wawa..tak pernah-pernah ko share pasal resepi kat blog. .

Banyak jugak yang kata nak buat jus koktel nie susah nauzubillah. .susu berketol-ketol sana sini, air tak cukup manis la ape la. .haihs!! susah apenyer, nampak jer jus tue macam grand ala datuk datin, tapi kalau nak buat, adik aku pon pandai tau! nampak sangat ko tipu yerr.

Haaa sekarang ko baca betol-betol resepi yang aku nak habaq kat korang nie. .tak susah pon. Sumpah aku cakap. .kalau korang buat mengikut cara yang aku, mesti jadik punya. .cuma satu jer aku nak pesan, nak buat satu perkara tuh, perlulah bersabar oke! sabar tu kan separuh daripada iman. .

So, jom kita start memasak!

Sebelum nak buat jus koktel nie, korang perlu sediakan bahan-bahan seperti berikut:-

- 2 tin susu cair (selalunya aku guna yang F&N)
- 1 tin buah-buahan koktel
- 2 gelas air putih
- 2 senduk gula. .(kalau korang yang tak suka manis, sila kurangkan sikit kuantiti gula tue yerr)
- 1 bekas nata de coco
- 1 tin buah laici
- air batu

Dah siap bekalkan bahan-bahan yang aku list tadi? bagus-bagus!!  So, inilah cara-cara nak buat jus koktel :-

  • Mula-mula, korang masukkan 2 gelas air putih bersama 2 senduk gula.Kacau di atas api yang sangat kecil sehingga gula hancur.
  • Kemudian, masukkan 2 tin susu cair dan pastikan korang tidak berhenti mengacau susu cair tersebut.Sebab, kalau korang tak kacau, susu tersebut akan menjadi berketol-ketol. .haa, kan dah xsedap jadinya!
  • Kacau sehingga susu mendidih. .lepas tue, tutup api dan biarkan dia sejuk sendiri.
  • Then, di dalam mangkuk yang amat besar, korang masukkan jela buah-buahan koktel, buah laici, dan nata de coco.
  • Campurkan susu tadi dengan buahan yang korang campak kat dalam mangkuk tadi.
  • Dan last skali, masukkan ais.
  • Siap!! dan sedia diminum. . .

Haaa, macam mana? susah ke tidak? senangkan? korang boleh aje buat kat umah. .tak payah tunggu event2 gempak nak minom jus nie. .save bajet kau!

So, thats all for today. . .harap-harap, korang dapat cuba resepi nie. Harap sangat nie!


Chow!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com