HOME ABOUTME BLOGSHOP TUTORIAL AKU&ONEW GIVEAWAY

Isnin, 31 Disember 2012

Memori Sepanjang Tahun 2012



Asslamualaikum...


pejam,celik,pejam,celik dah nak masuk tahun baru...huhuhu,kalau dikenangkan balik,memang banyak memori manis yang tak dapat aku lupakan,tapi,dalam manis2 pon,terselit jugak memori pahit sepahit peria yang juga tidak mungkin akan aku lupakan.Sebab apa aku tak akan lupakan memori pahit tue? korang pernah dengar tak perumpamaan di mana memori pahit itu dapat mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan berhati-hati dalam menjalankan sesuatu perkara.biasalah,semua orang tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan betulkan?tapi,kadang2 statement nie jugak tak boleh pakai sebab ramai manusia sekarang yang tidak bertamadun yang sengaja melakukan kesalahan tak kiralah,kesalahan tu adalah berdosa besar atau kecik.kalau tak caya,cuba korang selak mana2 akhbar,(jangan selak kain sudah.) mesti ada berita tentang masalah tu la nie la..tak habis-habis.

Kalau aku nk bongkarkan satu persatu memori manis aku,memang tak habisla,sebab memang banyak sangat!! ^_^ apa?memori pahit? biarlah aku simpan saje sebagai satu pengajaran untuk masa depan.tapi,memori pahit tue,memang takmo kalah la.sebab memori pahit sepanjang tahun niela yang paling banyak berbanding sebaliknya..hmm,macam mana aku nk cerita erk tentang kisah manis aku sepanjang tahun 2012 nie.Kalau berkaitan sebagai seorang pelajar, memori manis aku adalah masa aku terlibat dalam aktiviti perkhemahan di Terengganu.memang bestla..selain tu jugak,aku telah dianugerahkan sebagai ANUGERAH TOKOH PELAJAR CAKNA bagi sesi 2012.tak sangka aku dpat jugak tersenarai dalam anugerah tu..bukan senang tau.ramai lagi kengkawan lain yang layak,tapi,Alhamdulillah,rezeki memihak pada aku...hak8(jangan takabur,jangan takabur).

Kalau sebagai seorang anak sulung dalam kalangan 7 beradik plak,aku mampu menjadi seorang kakak dan anak yang baik.baik macam mana,Allahualam,biar Allah sahaja yang tahu..huk6..Memang banyakla kenangan manis aku..memang tak boleh diungkapkan dengan kata2..

Hmmm...sampai disini sahaja entry aku kali nie...malam nie,aku nk countdown with my famili...tak sabar rasanya nk berjumpa ngan tahun baru...

Sebelum aku akhiri,aku nk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pembaca blog aku temasuk silent reader..hehehe.tak lupa juga kepada semua orang yang mengenali diri ku ini...Assalamualaikum...

Jumaat, 28 Disember 2012

Tahniah Apek Dan Leuniey!!!

Assalamualaikum..

Semalam dah update blog pasal Cool Blog kan.Haa,hari nie,aku takmo cerita sal makan ke,minum ke,or everything tentang perkara yang membuatkan korang terjojol biji mata melihat kesedapan makanan sambil menyirup air liur yang akan terkeluar dari mulut korang tue, just a short entry.
Sebenarnya,pada hari Jumaat, 28,12,2012, kita telah digegarkan dengan satu majlis perkahwinan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat2 penjaga gol bola sepak Kelantan atau kalau korang masih  tergaru-garu sape insan yang bertuah pada hari ini,aku ketuk sekor-sekor biar pendek macam aku..hak8..ok,aku gurau jer..sape lagi kalau bukan En Khairul Fahmi a.k.a Apek dengan pasangan beliau yang merupakan seorang model iaitu Leuniey.

Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di Kelantan(bangga kejap,sebab dekat jer ngan tempat tinggal aku).tapi yang sedihnya,aku tak dapat nak pegi sane,aku ada kerja.huhuhu..memang tersentap.
Tapi,walau apa pun,aku nak ucapkan tahniah kepada 2 mempelai nie,dan semoga korang sentiasa bersama hingga ke akhir hayat...Aminnn...

Tadi,aku main2 ngan encik google,so,ini jer gambar yang aku dapat copy dari insan yang baek atie tue..huk2..tengok sendirila ok!! tuhan pon dh bagi mata sepasang tuk korang,jadi tengoklah sepuas-puasnya yerrr..





Baeklah korang,tadi aku kata short entry jer.so,sampai disini sahaja entry untuk kali nie..Ok!! jangan nangis tau!!(ayat tak boleh belah betol!)huhuhu

Wassalam.....

Khamis, 27 Disember 2012

My Faveret Cool Blog...yummmy!! ^_^

Assalamualaikum...
korang sihat? atau ada yang telah diserang demam?maklumlah,hujan sekarang bukan dengar cakap kita dah,main turun jer..huhu. lau dah kena demam tue,jangan plak lupa makan ubat ya sayang..lau yang bersekolah tak lama lagi tue,kalau boleh biarlah cepat-cepat sembuh yerr..huhu..tambahan plak kalau korang tue akan hadapi peperiksaan besar nanti.tak kiralah,UPSR ke,PMR ke,SPM ke atau STPM ke,semuanya akn hadapi peperiksaan gak kan?sejak dua menjak hujan turun dengan riangnya di Kelantan nie, perasaan untuk dahku bangun awal memang liat sangat..walaubagaimanapon,Solat Subuh tetap dahku gagah dirikan sebab Solat itu tiang agama..aku takmo ada dosa sebab tinggalkan solat..takut oi...

Sekarang ni aku takmo bincang pasal solat ke exam ke,sebab mesti korang tau yang solat tu wajib didirikan dan kita sebagai rakyat Malaysia tidak akan terlepas untuk menduduki peperiksaan.Hari nie,aku nak share tentang salah satu minuman yang paling aku minat.Memang tak cukup syarat lau aku pegi jalan-jalan ke KBMall or Tesco lau tak beli benda nie...korang pernah dengar COOL BLOG tak? ala,kalu korang pergi kat Mall mesti ada gerai yang jual air nie.kalau tak silap,gerai dia kaler pink+pepel gitchu. nampk mcam ala-ala girly sikit kan?? tapi,dalam girly-girly pon,penangan daripada rasa air dia memang sedap..kalau boleh,hari-hari aku nak beli,harga pon murah beb!!

nilah yang aku kata gerai coolblog nie macam ala-ala girly sebab kaler dia warna pink purple..



 Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang COOLBLOG nie,sekarang diorang dah ada website diorang.korang boleh jenguk2 kat website diorang dengan klik kat --> SINI
opss..silap letak URL la..hahaha..sebenarnya korang perlu klik kat ---> SINI
maaf dengan kesulitan yang berlaku yer..hehehe..kan dah terdonate kat aku...lau sape2 yang kena tue,maaf yer...lain kali singgah lagi...huhuhu..


nie lah rupa website Cool Blog tue..siap ada Heliza lagi sebagai duta Cool Blog tau!!


Dalam CoolBlog nie,aku minat minum perisa Coral Blue jer,bukan perisa lain tak sedap,tapi kalau minum perisa nie memang mengancam jiwa beb...tak tau aku nk bayangkan macam mana..lau korang nak tahu,rasa dia,korang beli la sendiri dan rasa keunikan air tue...huhuhu..



baiklah korang,udara semakin sejuk,dan mata semakin kuyu menandakan yang aku dah mengantuk...see u again ya!!! jangan lupa beli COOLBLOG tau..aku tak dapat ape2 pon kalau korang beli air nie..just promote tuk korang jer...huhuhu..
lau sape2 yang nak kongsi kesedapan CoolBlog nie,korang komenla kat bawah nie..jangan malu2..
Bye2!!!

Khamis, 13 Disember 2012

CaBaraN MenUruNkaN BeraT BadAn BerMulA!!!

Assalamualaikum.

Sekarang masih lagi dalam mood happy walaupun dah beberapa jam exam tue meninggalkan dahku.Gila kau tak exited,bukan senang tau  nak habeskan kelapan-lapan paper yang begitu mencekik darah aku nie.hidup aku dalam suasana exam menyebabkan dunia aku menjadi terbalik.terbalik?kenapa?.lau korang nak tau, sepanjang aku tengah berjuang tuk hadapi STPM,banyak perubahan fizikal yang begitu ketara menghantui dahku ini.berat badan aku naik makcik sekalian oi!!! rasa macam nak naik gila pon hado.bayangkan,selama nie, berat badan aku always bermain kat angka 5,sekarang dah masuk jauh ke sempadan angka 6 tau! ok,sila gelak sekarang..nak buat macam mana,bila ada kelas tambahan pada pagi tue,semasa ondeway ke sekolah,aku mesti singgah kat kedai jual nasik yang begitu ohsem sehingga membangkitkan selera aku pada pagi tue.selalunya,aku akan beli nasi ayam goreng kuah gulai.tak mahal pon,2 hingget jer.ayam plak,fuhh,besaaaarrrr.sebab tue aku minat sangat beli kat kedai makcik Bedah nie.siap bagi kaki ayam free lagi.kau hado??hak6 ^_^.sebab tue ,berat badan aku naik,asyik2 makan,asyik2 makan.dah naik tembam aku dibuatnya.
Tu kalau ada kelas pada pagi hening tue...kalau takde kelas,tak sah lau selagi jarum pendek jam aku tak menunjukkan angka 12.lau bangun pon,masih terliat-liat macam daging pak hasyim seberang jalan villa aku tue,.rasa malas nak bangun terlalu kuat menghasut diri dahku ini untuk sambung tido balik.tambahan plak,kalau masa tue,aku bermimpi jumpa LEE MIN HO,memang aku tak bagunla jawabnyer.hak6 :).lau tak puas atie,sila tampar aku skarang.
selepas aku bangun plak,mesti perkara pertama yang aku akan cari ialah makanan.lau tak makan,lapar plak.kang kebulur aku seharian.bangun tido sudah,makan sudah,so apa lagi? mestilah tengok tv.lau nak tengok TV,aku mesti duduk dalam posisi berbaring.kata orang,selepas makan,kalau terus berbaring,badan cepat gemuk.tapi,aku nie spesis manusia yang degil nauzubillah.tetap jugak baring masa tengok tv.sekarang dah naik berat badan,padan muka aku..boo sama aku boo. oleh sebab badan aku dah berisi tahap gaban,aku pon mengadulah kat omma aku.so,omma aku pon suggest kat aku suruh minum susu SD2.dia pon minum gak,sebab ari tue,badan omma aku gemuk sangat.tapi,selepas beberapa minggu minum susu tue,badan omma aku semakin susut.dah semakin tiut miut dah,macam anak dia.^_^' lau korang nk tgok perbezaan omma aku masa chubby2 dulu ngan masa skarang,sila lihat gambar di bawah.



see.see.see. dah kurus sikit kan??nie baru seminggu minum susu tue.hehehe.aku sebenarnya jeles ngan omma  aku sebab badan dia dah tuyus..huuuuu!!!-.-'


nie la susu SD2 yang aku pot pet pot pet kat korang tadi tue...

aku pon nak jugak jadi macam my omma aku.jadi,pada jumaat lepas,aku sahut cabaran omma aku tuk tuyus cam dia.lau aku kurus,dan berat badan aku maintain 50kg,omma aku nk bagi seribuhingget kat aku.omagad!! manyak uwang dia mau kasi sama aku maaa...boleh beli macam2!! hhehehe.aku kan suka shopping...skang nie pon dok tengah tunggu cek dari hencik nuffnang kita.bila la dia nk bagi...jenuh dah nunggu nie..hmmm..
sekarang aku baru turun 4kg.kita tunggu 2 minggu lagi,dan aku akan share bersama2 ngan korang pada entry yang akan datang k!!!
chow!!!

p/s: ada sesiapa yang nk order atau nk tau maklumat tentang susu nie,korang boleh PM aku di SINI
ok!!!

Rabu, 12 Disember 2012

Finally...I'm Back!!!



Assalamualaikum uolls!!

lama tak dengar kabar korang.sehat?? aku pon dah semakin sehat walafiat.
baeklah,memandangkan segala paper stpm aku da abis,so, mulai hari nie,aku akan mengisytiharkan bahawa aku akan meragut balik tahta aku sebagai seorang blogger yang tegar...bukan senang oi nak tinggal-tinggalkan blog aku nie sorang2 tau!! kalau bukan sebab stpm,aku dah lama ketuk ketak ketuk ketak tekan keyboard nie.tapi,lau dipikir-pikirkan balik,ada hikmahnya.Aku dapat fokus pada study aku ngan baik.hehehe^_^

ramai yang tanya aku kat dalam pesbuk,susah tak jawab exam?,ada soalan bocor tak?agak2 wawa dapat bape P erk? camtulah bunyik soalan tue..aku tak tau nape diorang tanya soalan camtu..nak kata aku nie pemes memang jauh sekali tidak.tapi aku dapat gak jawab semua soalan tue ngan bernasnya.biasalah,otak aku kan geliga cam Einstain.okey,sila sekeh aku kuat-kuat!!perasan hebak la tue!

jawapan aku agak2 camnila:

susah tak jawab exam?
nak kata susah tak jugak,nak kata senang pon bukan..adat dialah lau nak bagi soalan susah.asalkan kita study smart cukuplah. InsyaAllah segala soalan yang datang pasti akan dapat jawab punyer....cayalah.(takleh blah btol ayat aku)

ada soalan bocor tak??
ntahla tak pernah tengok plak jantina kertas tu laki ke pompuan.lau pompuan stiap bulan bocor gak..hak7 gurau jer...tak ade...semua disimpan rapi oleh pihak majlis peperiksaan.jujur betol diorang nie.kalau kasi bocor sekali sekala apa salahnya kan?? Huish!

agak2 wawa dapat bape P erk??
lau yang nie,wawa tak pasti...tapi trial aritue,dapat 4P.Alhamdulillah...doa2kan aku agar dapat 4P ok lalim!!

wawa arap,kawan2 sekolah wawa,rakan2 blogger wawa yang ambek stpm 2012 tue dapat mencapai impian korang. semoga kita dapat masuk U samer2 k!!! ingat! selangkah kaki kita dah ada kat universiti tau...pastikan bahawa kita dapat gapai selangkah lagi untuk menuju ke menara gading....amin!!!!

klah..tangan aku pon dah lenguh nie...see u next time k!! bubui!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com