HOME ABOUTME BLOGSHOP TUTORIAL AKU&ONEW GIVEAWAY

Khamis, 4 Oktober 2012

Doakan Aku Rakan Blogger Sekalian...



salam sumer...terkejut tak.terkejut tak?..kata 5 bulan nk stop blogging,pesbuk and twitter bagai,tapi
hampeh!!penipu besar btol wawarosli nie kan??
haiyya,jangan camtu guys,aku nie suci bersih lagi murni korang kata penipu?? ayat takleh blah kan?kan?kan?
Hm..just want to give a short entry for uollsss before aku ke medan peperangan tuk dapatkan harta karun.lau korang nak tahu,harta karun tuelah yang menentukan masa depan aku kelak dari masuk ke universiti,sampailah aku dapat keje sebagai seorang guru.Ya!!seorang guru.tapi kenapa guru?
Sebab aku nak jadi seperti mama aku Mrs Sarirah Mahrusah.Orang kata,keje jadi guru nie susah,dan ada yang kata sebaliknya.Dulu-dulu pon,kalau cikgu tanya cita-cita aku nak jadi apa,tak pernah aku keluarkan perkataan guru dibibir aku yang seksi nie. Muax3x.Kenapa? Sebab,cita-cita aku sebenarnya,nak jadi ahli perniagaan yang berjaya.nak jadi photographer yang sukses and nak jadi pelakon yang berkaliber.
Mama selalu pesan suruh aku pilih guru sebagai punca periuk nasi aku.tapi aku tak pernah dengar kata.Sekarang,Alhamdulillah selepas aku naik ke form 6,aku rasa kerjaya sebagai seorang guru begitu mulia.Mulalah hati nie rasa nak berjinak-jinak nak tahu sal guru-guru bagai nie.
So,pada tarikh 19 november 2012 nie,aku akan menghadapi peperiksaan STPM.aku nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kat korang kalau-kalau aku ada buat salah ker,bahasa aku terlalu kasar ker,atau apa-apalah yang membuatkan korang rasa naik loya ngan WawaRosli nie.aku mintak maaf banyak-banyak k!!
doakan aku agar aku dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang,dan segala ilmu yang cikgu curahkan pada aku akan sentiasa terlekat kat lam otak aku nie sampai bila-bila.
Akhir sekali, aku nak gapai segulung ijazah buat mama ngan abah.Mama aku akan konvo bulan 12 nie.Alhamdulillah...
Aku ada borak-borak ngan abah petang kelmarin,siapa yang akan masuk ke dewan tempat mama ambik ijazah?sebab hanya 2 orang jer yang dibenarkan masuk.Namun,kata-kata abah aku membuatkan aku lebih bersemangat hampir untuk ku menitiskan air mata..

Abah: tok ayah ngan mok(nenek) jer yang masuk ke dalam dewan tue.
Aku: Abah nak duduk kat ner?
Abah: Abah akan duduk lam dewan tu jugak bila anak-anak abah konvo nanti.

Ya Allah..sebak hati aku bila dengar ungkapan tu.InsyaAllah bah,kak tin akan buat yang terbaik untuk keluarga kita.kak tin akan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.

dah.dah.dah..
kang aku nangis pulak kang....k lah..aku chow lu...
doakan aku berjaya k!!! sayang uollls!!!
see u after STPM!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com